kan de baby ekspo dekat sane
dah seminggu merancang
sudahnye pagi2 hari kejadian tu
semua terbatal..atas sebab yang aku pon x boleh nak elak..:(
*x bape nak sakit hati ni..tp kecewa je*
dulu mase belaja mid valley tu tempat aku bemain ko tau
hujung minggu x kuar dgn roomate...kuar dgn buah hati aku @ laki aku tuh
kalau x kuar ke mid valley....kuar ke mines
tu je la tempat utk kitorang redah
dengan alasan tension la dok bilik x buat pape
padahal kuar tu membuang duet x pulak ko nak cakap tension??
mase tu x de perancangan kewangan yg bagus lagi...hehehehe
kalau 500 bpk aku bagi..500 la ku abeskan konon2 utk sebulan
kalau 700...700 la abes..hehehehe [konon utk sebulan..tp x pnh sampai sebulan pon]
jadi kesimpulan nye dah 2 tahun aku abes belaja...2 tahun tu jugak la aku xjejak lagi kaki dekat mid tu
dan pagi ni..hari ahad..pepagi lagi dah siap masak..dah makan nasi pon aku
laki aku demam..jadi konon nak pegi pagi ni x kesampain lagi la...x kan nak redah dgn keadaan dy yg demam tu???
malam tadi mcm da okay..bile subuh...aku tgk laki aku gelisah semacam je...amek ubat makan dan tido
jadi aku anggap je la x de rezeki aku nak pegi utk kali ni..:(
baru berhasrat bagun pepagi nak gosok baju
sudahnye bangun pagi masak2 utk t.hari dan makan
kan dah cukup dan lengkap semuanye??
ape lagi yg ko nak bazirkan pegi sane lagi?? sudah2 la amalan membazir ko tu!!!
memang pon..
tp kan aku ade cakap..aku nak cari b.pump dgn botol susu..dan lagi satu nursing pillow tu
dan hajat sebenar nak ke sane sebenarnye adalah!!!
aku teringin pulak nak makan popia yg besar kat tingkat bawah sekali dekat mid tu!!
tu pon kalau ade lagi la...aku rase ade lagi 2 ketul RM6...mak aiiihhhh...sedap nye!!!
aku dapat rase macam x dapat je makan benda tu??
tgk2 minggu depan aku dah selamat
mengidam tp x kesampain la gamaknye..:(
dah bile hari ni aku x buat pape dah
pkol 10 pagi pon da siap masak
aku pon dok menggoogle semua yang boleh digoogle
jadi aku try google tanda2 awal nak bersalin
rasenye boleh di share dgn M2B yg bakal meneran x lame lagi sesame dengan aku
sebagai ilmu tambahan je..:)
jom baca..artikel dari majalah Pa & Ma / 30 ogos 2012
Ketahui tanda-tanda bersalin dan apa yang akan doktor lakukan bagi
memastikan tubuh anda bersedia untuk proses kelahiran seperti yang
dinyatakan oleh Dr. Siti Esah Bahari dari Selangor Medical Centre.
Di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda
yakni petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba.Ramai yang
cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda
bersalin atau sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa
hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:
1. Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir
ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu
tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini
mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses
bersalin.
2. Kontraksi
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling
kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi
sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari
semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya
anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau
bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda
mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5
minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.
3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar
dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar
seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna
hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih
berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini,
sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan
lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan
kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan
air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak,
untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa
ingin membuang air kecil.
Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun
anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang
bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi
perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda
mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak
mengalami tanda awal bersalin.
Rutin pemeriksaan
1. Vaginal examination
Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah
benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya,
pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin
hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.
2. Cardiotopograph
Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi.
3. Pemeriksaan tekanan darah
Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu proses kelahiran.
4. Palpation
Doktor akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal ataupun sebaliknya.
Proses kelahiran
1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm
Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:
- Senyap (latent)
Pada peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.
Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.
- Aktif
Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya
anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula
pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak
pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai
bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi
semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan
paling akhir setiap 40 saat.
2. 10 cm sehingga bayi keluar
Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam
untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan
anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum
atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini
perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika
terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku
komplikasi yang lain pula.
3. Uri dikeluarkan
Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan
uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna
boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali
sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.
Info
Ubat membuang najis
Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik
bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang
digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus
kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri
najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan
memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat
ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak
melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar
ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.
Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya
berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami
tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah
masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan.
Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah
sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah
ke hospital.
cmne dy boleh setenang ni nak bersalin??? ohhhhh...!!!! |
p/s : 7 - 9 disember ni ade gak mom & baby ekspo kat penang
ko ingat kan aku kate ade kenduri 8 hb 12 kt sane
tp kitorang mmg dah decide x balek
jadik..melepas lagi aku nak pegi baby eskpo tu
x de rezeki baby la agaknye...sume nye x dapat nak g..:(
baby nak kuar awal kot....kuarla sayang...:)
sekarang aku dah rase sengal2 kat pinggang ni
rase berdenyut2 kt bahagian bawah tu
tu memang buat aku takut okey
w.pon kadang2
mane la tau tu salah satu tande nye
ooohhhhhhhhh.....nebes...nebesssss
lap peluh jap!!!
5 comments:
wah info yang sgt berguna.. tq..
Xpela xde rezki awak nak ke ekpo tu... mungkin ade hikmahnya.. pergi lepas bersalin la plak.. bulan 4 lak ade 5th maternity & Children ekpo tu kat Mid.. boleh pergi skali ngan baby nanti ;)
alah kesiannya. ni tgh merajuk pujuk hati ke ni takpe insyaallah sempat pg mid tu nanti ye ;)
aassalamualaikum ryn...moga dipermudahkan yer...;)
aty dulu pon selalu gi mid valley..selalu sangat2..sekarang...sejak beranak kecik..rase macam jauh nau jer..huhu..
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
Post a Comment